Tuesday 12 March 2013

Almari sudut

Almari sudut RM1400
Almari sudut ini berbeza sedikit persembahannya iaitu menggunakan ton kaler yang agak berlainan. Namun bukanlah pendekatan yang berbeza ini akan menambah semak permandangan di ruang yang agak sempit. Itu pandangan peribadi penulis mengenai cara dekorasi yang bersesuaian apabila mengenakan dua warna dalam satu sudut. Kalau ditanya pakar macam kat dalam tv tu....ehem....tanya jer pun dah kene RM kott....ahak... Apa pun ikut suka anda untuk menentukan ton warna apa yang ada fikirkan sesuai namun jangan lebih dari dua. Sekiranya lebih dari jumlah tersebut ia akan menambahkan sedikit kecelaruan dari segi pemilihan dan gandingan dan memerlukan kemahiran dan kreativiti untuk mengelakkan perkara seperti disebutkan itu terjadi. Kesimpulannya anda boleh sahaja mendekorasi dengan menggunakan ton kaler yang pelbagai asalkan anda mahir dengan warna pilihan sendiri. Jika sebaliknya cukuplah sekadar mengaplikasikan tidak lebih dari dua gandingan warna di seluruh ruang dekorasi bagi mengelakkan terlebih kos RM  dengan hasil yang kurang memuaskan.

Almari sudut
 Pelbagai barangan cenderamata atau set gelas dan teko minuman boleh diletakkan di atas rak. Kami tidak mengenakan lebih dari dua tone kaler untuk mengelakkan dari menjadi cacamarba.

Opss...itu bukan trinity ya...
Ada sedikit keraguan pada barang perhiasan yang disebelah almari sudut dalam gambar di atas. Itu bukannlah lambang 'trinity' tetapi ia adalah 'scoope' perhiasan...kami perasan bila diambil gambar semakin menyerlah bentuknya. Jadi kami telah keluarkan dari ruang tamu dan letakkannya di luar rumah untuk digandingkan dengan perhiasan ' garden style' yang dapat memulihkan kembali imej penyodok itu di tempat yang sepatutnya. Itulah masalahnya apabila kita membeli kita tidak perasan dan tidak pula menduga perhiasan itu boleh bertukar wajah dengan tiba-tiba. Syukurlah kami berdua yang dapat menyedari kesilapan itu.

Monday 11 March 2013

Pencahayaan & Warna


Pencahayaan dan warna adalah elemen yang sangat penting bagi menambahkan mood persekitaran ruang tamu yang ceria dan nampak jelas segala aksesori yang ada di dalamnya. Atas faktor tersebut kami sengaja memilih mood cahaya dan warna cerah bagi menampakkan lagi seri perhiasan yang kami tempatkan di merata sudut ruang tamu.

Setakat ini hanya mood warna cerah yang dapat menambat hati kami untuk berterusan mengekalkan tema yang  tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Pernah suatu ketika dahulu kami pernah mengenakan tema moden, urban dan bercayaha suram namun tidak dapat bertahan sebegini lama.

Ada pun setakat pencahayaan yang begitu 'perfect' namun pemilihan warna cat dan perabot yang cacamarba juga tidak akan memberi hasil yang setimpal dengan pelaburan yang dikeluarkan. Justeru, untuk menukar sesuatu tema memerlukan perbelanjaan yang amat besar mengikut keluasan rumah yang dimiliki. 

Sebab itu warna cat dinding dan kecerahan cahaya memberi impak kepada timbul atau tenggelamnya seri perhiasan lain di dalam rumah sekiranya tidak menepati kesesuaian tema. Contohnya cuba anda perhatikan lantai gelap di dalam gambar kedudukan  menegak, warna hitam tikar itu telah mencacatkan tema ruang tamu. Dan cuba kita imagine sekiranya ada meja kopi berwarna puteh di tengah-tengah tikar itu pasti akan menaikkan sedikit seri di tengah-tengah ruang tamu tersebut. Kalau ada imagine masih tidak menambahkan seri..maknanya anda tak dapat berimaginasi seperti saya lah...hehe...


Home Sweet Home....

Ini dia aksesori pertama yang dimainkan di sebelah sudut tumpuan. Ramai di kalangan rakan dan sedara sering kali bertanya mengenai rak yang digantungkan di dinding zon tumpu ini. Maklumlah kami akan ketengahkan  juga barang-barang lama yang sukar di dapati di pasaraya pada zaman ini. Jadi barang-barang 'rare' seperti ini memang menjanjikan kelainan pada dekorasi peribadi berbanding rakan-rakan lain yang menyimpan minat mendalam terhadap konsep ala-ala Ingeris gitu..huhu.

Memang kebiasaan orang-orang Inggeris gemar menggantungkan aksesori-aksesori rumah mereka dengan kedudukan yang kemas lagi teratur. Jika tidak percaya, cuba anda perhatikan dapur, ruang tamu, bilik dan sebahagian sudut yang lain di rumah mereka tatkala anda menonton drama atau filem-filem dari barat. Perhatikan bahawa mereka sering memanfaatkan setiap sudut dan ruang rumah mereka dengan menjadikan barang-barang sedia ada sebagai hiasan yang pada penulis menjadi sedap mata memandang.`

Rak Gantung RM350
Kemaruk dengan tema bukan bermakna kita taksub kepada budaya mereka malah jiwa penulis tidaklah berkiblatkan mereka untuk menjadi seperti mereka, akan tetapi mengambil kebaikan dari kaedah susun atur yang sistematik bermanfaat bagi tujuan menjimatkan ruang lebih-lebih lagi pada mereka yang mempunyai rumah yang sempit.

Pernah penulis merangka dan membina semula rak seperti ini di atas tempahan dua orang rakan yang begitu teruja untuk mendapatkan hasil dekorasi yang seakan-akan sama dengan 'patern' lama 99% sama seperti gambar. 

Pasu-pasu perhiasan, lilin, teko dan sebarang aksesori kecil amat sesuai digandingkan dengan rak yang berukuran 4x3 kaki ini.

Mungkin boleh dipertimbangkan sekiranya ada di kalangan rakan-rakan atau pembaca blog ini ingin menempah rak ini.                                                                                                  

Set Kerusi

SOLD OUT (RM150)
Set kerusi ini diperbuat dari kayu getah. Nampak biasa tengok kan?.....memanglah biasa tengok tapi anda sukar jumpa color puteh melepak macam tepung gomak nih....carilah satu Malaysia kot-kot bleh jumpa...akan tetapi di rumah kami set ini telah pun dijual dengan harga RM150 sekali meja....SOLD OUT!.....Kami memang pakar membeli barang-barang second hand ni....pastu kami ubah suai menjadi cantik sebegitu rupanya. Perh...sedihnya tengok set kerusi ini....Oho...it no hard feeling lah bila kami menjual barang-barang ini...memanglah sedih...tapi nak longgok barang-barang ni kat rumah macam takde ruang la pulak. Rakan-rakan asyik memujuk..jualah kat aku....emm...ok..jalanlah.










Sebelum dijual, kami ambil gambar siap-siap...ohh..sampai la nih..teringatlah pulak...tapi ada kalanya kami singgah di rumah customer di Kuala Selangor untuk menghantar barang-barang yang dibeli beliau...dalam hati berkata....'pandai juga dia membela kerusi cantik seperti itu'. Tak sia-sia aku jual...hehe.

Menggamit kenangan

Di permulaan mendekorasi rumah yang berukuran 750sqf bukanlah sesuatu yang sukar disebabkan faktor keluasannya yang terhad. Dengan pengetahuan yang serba sedikit, penulis dan juga isteri telah bergabung minda kepakaran anugerahNya untuk merealisasikan impian rumah sebegini sebagai penyedap mata. 

Sebenarnya memang tidak dinafikan pada intro yang meragukan penulis kerana si buah hati kepingin untuk menggunakan tema omputih yang pada pandangan penulis ianya amat 'menakutkan' kerana leceh dan kesukaran untuk menyelenggara, maklumlah penulis memang malas nak jaga benda-benda yang berwana meriah sebegitu. Dengan maksud yang jelas kepada si dia....yang penulis amat tidak gemar dengan tema Inggeris berbunga-bunga macam hutan yang menyemakkan....yang lain dari itu...you may proceed....

Apa alasan pun si jantung hati memang biasa dengan sikap degil beserta hujah-hujahnya, lantas penulis hanya memberi komen dan membiarkan angan-angan mat jeninnya.Akhirnya setelah hampir setahun mencari bahan...ia bukan sekadar igauan mimpi....penulis akhirnya akur dengan apa yang isteri kesayangan penulis dambakan. Ehe..
.



Simple tapi menyerlah Cuba perhatikan rak 2 tingkat di sebelah kanan ini. Sebenarnya rak ini sudah tiada lagi. Hanya gambar menjadi kenangan terindah buat kami. Salah satu perhiasan yang membangkitkan mood pada sudut-sudut tertentu. Dari binaan kayu keras terpakai yang kami beli, kemudian kami spray semula menggunakan cat bermutu tinggi menyerlahkan lagi keindahan aksesori rumah yang menggunakan tema Inggeris yang menjadi kegilaan kami. Mungkin rak ini jika tidak dideko sebegini semacam nampak tidak berguna dan tidak bernilai dari sudut mencantikkan perhiasan rumah anda. Namun tidak bagi kami yang menghargai setiap apa yang kami perolehi dan kami ubahsuai supaya menjadi cantik pada sesiapa yang suka akan tema ini.


                                                                                                        Rak 2 tingkat RM 70.00
  




Nah...inilah sebahagian sudut yang menaikkan seni mendekorasi pada naluri penulis.....Kami ini bukan professional macam yang keluar dalam television tu....Namun idea ini datangnya dari hasil pembacaan dan pemerhatian isteri dari majalah-majalah keluaran pure omputeh dan seni ketukangan penulis sendiri.

Monday 4 March 2013

Meja Kopi

Meja Kopi RM250

Meja kopi yang diperbuat dari kayu ini merupakan perabot lama yang telah diperbaiki dan dicat semula menggunakan cat yang bermutu tinggi keluaran syarikat cat terkemuka. Malahan menjadi daya penarik kepada sesiapa yang memiliki meja ini untuk diguna sebagai perhiasan dalaman rumah. Ianya tampak ringkas namun amat memberi impak kepada sesiapa yang menyusun atur tema rumah ala-ala Inggeris. Dengan kos yang boleh di kategorikan sebagai murah namun menyerlahkan keindahan suasana rumah anda.
Meja Kopi Classic



??? Tidak terlalu mahal bukan?...masih boleh dirunding dengan harga yang diberikan ini, namun tidak termasuk kos penghantaran yang masih belum dikemasikini. Mungkin tidak terlalu membebankan kepada yang menetap di lembah kelang untuk sesuatu kerja penghantaran yang mengambilkira mulai dari kos pembungkusan, kenderaan dan perjalanan. Setiap kerja mesti mahu sedikit keuntungan mahhh.