Monday 11 March 2013

Pencahayaan & Warna


Pencahayaan dan warna adalah elemen yang sangat penting bagi menambahkan mood persekitaran ruang tamu yang ceria dan nampak jelas segala aksesori yang ada di dalamnya. Atas faktor tersebut kami sengaja memilih mood cahaya dan warna cerah bagi menampakkan lagi seri perhiasan yang kami tempatkan di merata sudut ruang tamu.

Setakat ini hanya mood warna cerah yang dapat menambat hati kami untuk berterusan mengekalkan tema yang  tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Pernah suatu ketika dahulu kami pernah mengenakan tema moden, urban dan bercayaha suram namun tidak dapat bertahan sebegini lama.

Ada pun setakat pencahayaan yang begitu 'perfect' namun pemilihan warna cat dan perabot yang cacamarba juga tidak akan memberi hasil yang setimpal dengan pelaburan yang dikeluarkan. Justeru, untuk menukar sesuatu tema memerlukan perbelanjaan yang amat besar mengikut keluasan rumah yang dimiliki. 

Sebab itu warna cat dinding dan kecerahan cahaya memberi impak kepada timbul atau tenggelamnya seri perhiasan lain di dalam rumah sekiranya tidak menepati kesesuaian tema. Contohnya cuba anda perhatikan lantai gelap di dalam gambar kedudukan  menegak, warna hitam tikar itu telah mencacatkan tema ruang tamu. Dan cuba kita imagine sekiranya ada meja kopi berwarna puteh di tengah-tengah tikar itu pasti akan menaikkan sedikit seri di tengah-tengah ruang tamu tersebut. Kalau ada imagine masih tidak menambahkan seri..maknanya anda tak dapat berimaginasi seperti saya lah...hehe...


Home Sweet Home....

Ini dia aksesori pertama yang dimainkan di sebelah sudut tumpuan. Ramai di kalangan rakan dan sedara sering kali bertanya mengenai rak yang digantungkan di dinding zon tumpu ini. Maklumlah kami akan ketengahkan  juga barang-barang lama yang sukar di dapati di pasaraya pada zaman ini. Jadi barang-barang 'rare' seperti ini memang menjanjikan kelainan pada dekorasi peribadi berbanding rakan-rakan lain yang menyimpan minat mendalam terhadap konsep ala-ala Ingeris gitu..huhu.

Memang kebiasaan orang-orang Inggeris gemar menggantungkan aksesori-aksesori rumah mereka dengan kedudukan yang kemas lagi teratur. Jika tidak percaya, cuba anda perhatikan dapur, ruang tamu, bilik dan sebahagian sudut yang lain di rumah mereka tatkala anda menonton drama atau filem-filem dari barat. Perhatikan bahawa mereka sering memanfaatkan setiap sudut dan ruang rumah mereka dengan menjadikan barang-barang sedia ada sebagai hiasan yang pada penulis menjadi sedap mata memandang.`

Rak Gantung RM350
Kemaruk dengan tema bukan bermakna kita taksub kepada budaya mereka malah jiwa penulis tidaklah berkiblatkan mereka untuk menjadi seperti mereka, akan tetapi mengambil kebaikan dari kaedah susun atur yang sistematik bermanfaat bagi tujuan menjimatkan ruang lebih-lebih lagi pada mereka yang mempunyai rumah yang sempit.

Pernah penulis merangka dan membina semula rak seperti ini di atas tempahan dua orang rakan yang begitu teruja untuk mendapatkan hasil dekorasi yang seakan-akan sama dengan 'patern' lama 99% sama seperti gambar. 

Pasu-pasu perhiasan, lilin, teko dan sebarang aksesori kecil amat sesuai digandingkan dengan rak yang berukuran 4x3 kaki ini.

Mungkin boleh dipertimbangkan sekiranya ada di kalangan rakan-rakan atau pembaca blog ini ingin menempah rak ini.                                                                                                  

Set Kerusi

SOLD OUT (RM150)
Set kerusi ini diperbuat dari kayu getah. Nampak biasa tengok kan?.....memanglah biasa tengok tapi anda sukar jumpa color puteh melepak macam tepung gomak nih....carilah satu Malaysia kot-kot bleh jumpa...akan tetapi di rumah kami set ini telah pun dijual dengan harga RM150 sekali meja....SOLD OUT!.....Kami memang pakar membeli barang-barang second hand ni....pastu kami ubah suai menjadi cantik sebegitu rupanya. Perh...sedihnya tengok set kerusi ini....Oho...it no hard feeling lah bila kami menjual barang-barang ini...memanglah sedih...tapi nak longgok barang-barang ni kat rumah macam takde ruang la pulak. Rakan-rakan asyik memujuk..jualah kat aku....emm...ok..jalanlah.










Sebelum dijual, kami ambil gambar siap-siap...ohh..sampai la nih..teringatlah pulak...tapi ada kalanya kami singgah di rumah customer di Kuala Selangor untuk menghantar barang-barang yang dibeli beliau...dalam hati berkata....'pandai juga dia membela kerusi cantik seperti itu'. Tak sia-sia aku jual...hehe.

Menggamit kenangan

Di permulaan mendekorasi rumah yang berukuran 750sqf bukanlah sesuatu yang sukar disebabkan faktor keluasannya yang terhad. Dengan pengetahuan yang serba sedikit, penulis dan juga isteri telah bergabung minda kepakaran anugerahNya untuk merealisasikan impian rumah sebegini sebagai penyedap mata. 

Sebenarnya memang tidak dinafikan pada intro yang meragukan penulis kerana si buah hati kepingin untuk menggunakan tema omputih yang pada pandangan penulis ianya amat 'menakutkan' kerana leceh dan kesukaran untuk menyelenggara, maklumlah penulis memang malas nak jaga benda-benda yang berwana meriah sebegitu. Dengan maksud yang jelas kepada si dia....yang penulis amat tidak gemar dengan tema Inggeris berbunga-bunga macam hutan yang menyemakkan....yang lain dari itu...you may proceed....

Apa alasan pun si jantung hati memang biasa dengan sikap degil beserta hujah-hujahnya, lantas penulis hanya memberi komen dan membiarkan angan-angan mat jeninnya.Akhirnya setelah hampir setahun mencari bahan...ia bukan sekadar igauan mimpi....penulis akhirnya akur dengan apa yang isteri kesayangan penulis dambakan. Ehe..
.



Simple tapi menyerlah Cuba perhatikan rak 2 tingkat di sebelah kanan ini. Sebenarnya rak ini sudah tiada lagi. Hanya gambar menjadi kenangan terindah buat kami. Salah satu perhiasan yang membangkitkan mood pada sudut-sudut tertentu. Dari binaan kayu keras terpakai yang kami beli, kemudian kami spray semula menggunakan cat bermutu tinggi menyerlahkan lagi keindahan aksesori rumah yang menggunakan tema Inggeris yang menjadi kegilaan kami. Mungkin rak ini jika tidak dideko sebegini semacam nampak tidak berguna dan tidak bernilai dari sudut mencantikkan perhiasan rumah anda. Namun tidak bagi kami yang menghargai setiap apa yang kami perolehi dan kami ubahsuai supaya menjadi cantik pada sesiapa yang suka akan tema ini.


                                                                                                        Rak 2 tingkat RM 70.00
  




Nah...inilah sebahagian sudut yang menaikkan seni mendekorasi pada naluri penulis.....Kami ini bukan professional macam yang keluar dalam television tu....Namun idea ini datangnya dari hasil pembacaan dan pemerhatian isteri dari majalah-majalah keluaran pure omputeh dan seni ketukangan penulis sendiri.