Monday 11 March 2013

Home Sweet Home....

Ini dia aksesori pertama yang dimainkan di sebelah sudut tumpuan. Ramai di kalangan rakan dan sedara sering kali bertanya mengenai rak yang digantungkan di dinding zon tumpu ini. Maklumlah kami akan ketengahkan  juga barang-barang lama yang sukar di dapati di pasaraya pada zaman ini. Jadi barang-barang 'rare' seperti ini memang menjanjikan kelainan pada dekorasi peribadi berbanding rakan-rakan lain yang menyimpan minat mendalam terhadap konsep ala-ala Ingeris gitu..huhu.

Memang kebiasaan orang-orang Inggeris gemar menggantungkan aksesori-aksesori rumah mereka dengan kedudukan yang kemas lagi teratur. Jika tidak percaya, cuba anda perhatikan dapur, ruang tamu, bilik dan sebahagian sudut yang lain di rumah mereka tatkala anda menonton drama atau filem-filem dari barat. Perhatikan bahawa mereka sering memanfaatkan setiap sudut dan ruang rumah mereka dengan menjadikan barang-barang sedia ada sebagai hiasan yang pada penulis menjadi sedap mata memandang.`

Rak Gantung RM350
Kemaruk dengan tema bukan bermakna kita taksub kepada budaya mereka malah jiwa penulis tidaklah berkiblatkan mereka untuk menjadi seperti mereka, akan tetapi mengambil kebaikan dari kaedah susun atur yang sistematik bermanfaat bagi tujuan menjimatkan ruang lebih-lebih lagi pada mereka yang mempunyai rumah yang sempit.

Pernah penulis merangka dan membina semula rak seperti ini di atas tempahan dua orang rakan yang begitu teruja untuk mendapatkan hasil dekorasi yang seakan-akan sama dengan 'patern' lama 99% sama seperti gambar. 

Pasu-pasu perhiasan, lilin, teko dan sebarang aksesori kecil amat sesuai digandingkan dengan rak yang berukuran 4x3 kaki ini.

Mungkin boleh dipertimbangkan sekiranya ada di kalangan rakan-rakan atau pembaca blog ini ingin menempah rak ini.                                                                                                  

No comments:

Post a Comment